
Resepi Donut Sosej
Bahan A:
200gm tepung roti
50gm tepung kek
5gm yis
Bahan B:
30gm gula kastor
5gm garam
10gm tepung susu
Bahan C:
25gm telur
120gm air dingin
Bahan D:
40gm mentega
Hiasan:
8 batang sosej – kerat 2 jadi 16 sosej, boleh juga beli sosej yang mini tu so tak perlu potong
1 biji telur
200gm serbuk roti
Cara-cara:
1. Campurkan Bahan A, masukkan Bahan B dan Bahan C. Pukul dengan kelajuan sederhana selama 5 minit.
2. Tambah Bahan D terus pukul selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan anjal.
3. Tutup doh dengan tuala lembab atau plastik, rehatkannya selama 30-40 minit, biarkan ia mengembang dua kali ganda dari saiz asal.
4. Kemudian tumbuk-tumbuk doh keluarkan angin. Bahagi dan bulat-bulatkan doh kepada 30gm setiap satu. Rehatkan 10 minit, kemudian canai doh memanjang dan salutkan sosej kemaskan balutan.
5. Kemudian celupkan ke dalam telur dan golek-golekkan dalam serbuk roti. Rehatkan atas dulang yang ditabur tepung selama 30 minit.
6. Panaskan minyak secukupnya dan goreng dengan api sederhana sehingga donut tersebut keperangan. Angkat dan toskan.
+ JANGAN PANIK kalau doh agak lembik, tabur tepung semasa nak membalut sosej ke dalamnya. Bedakkan jugak tangan dengan tepung supaya tidak melekat.
+ Gunakan TEPUNG ROTI juga taw untuk tabur dan bedak tangan.
Resepi Oleh: Nuraisyah Abdullah