Kari

Resepi Kari Sardin Tanpa Santan

resepi-kari-sardin-tanpa-santan

Resepi Kari Sardin Tanpa Santan

Bahan-Bahan:

1 tin sardin size besar
1 paket rempah kari seafood
2 tangkai daun kari
4 biji kentang – buang kulit
1 kuntum bunga lawang
2 biji pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 batang kayu manis
3 batang cili hijau
Sedikit air asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar –

3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
1 batang serai

Cara Masak:

1. Panaskan minyak masak dan tumiskan rempah tumis (bunga lawang, biji pelaga, bunga cengkih dan kayu manis).

2. Masukkan bahan kisar tadi dan tumis sehingga naik bau. Kacau sekali sekala sehingga garing dan terbit minyak

3. Masukkan rempah kari yang telah dijadikan paste. Kacau hingga garing dan terbit minyak.

4. Masukkan daun kari dan kentang. Gaul rata dan tambahkan air secukupnya. Biarkan hingga mendidih sambil dikacau.

5. Apabila kentang hampir empuk masukkan sardin bersama sosnya sekali. Masukkan air asam jawa. Kacau rata.

6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali apabila kentang telah empuk masukkan cili hijau dan jika rasa telah sempurna matikan api.

Resepi Kari Sardin Tanpa Santan

Resepi Oleh: Damia Afifah Dhuha