Ikan, Makanan Laut

Resepi Ikan Tenggiri Goreng Masak Asam

resepi-ikan-tenggiri-goreng-masak-asam

Resepi Ikan Tenggiri Goreng Masak Asam

Ikan tenggiri goreng, buat masak asam atau ada panggil masak taucu. ⁣ Wajib tambah lada besar hijau. Kalau ada timun pun sedap. Takyah lauk lain dah. Sedap!.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ikan tenggiri ⁣
  • garam secukup rasa ⁣
  • 1 sudu kecil Serbuk Kunyit @hexafood ⁣
  • 1 cawan minyak masak ⁣
  • 2 biji bawang besar *⁣
  • 2 ulas bawang putih *⁣
  • 1 inci halia *⁣
  • 3 biji cili api *⁣
  • 1 sudu kecil taucu⁣
  • 1 sudu besar sos tiram ⁣
  • kicap Iemak manis secukup rasa ⁣
  • 1/2 sudu kecil asam jawa⁣
  • gula secukup rasa ⁣
  • 1 cawan air ⁣
  • 1 sudu kecil cuka⁣
  • 4 biji lada besar hijau ⁣
  • 1 biji tomato (potong)⁣
  • hirisan daun sup

Cara Memasak:

1. Gaul ikan tenggiri dengan garam dan serbuk kunyit. Perap 5-10 minit. Panaskan minyak, goreng ikan sampai garing. Angkat dan toskan minyak.

2. Hiris bahan tanda (*). Guna minyak yang sama, tumis bahan hiris sampai layu. Tambah taucu, sos tiram, kicap lemak manis, asam jawa dan gula secukup rasa. Kacau sampai garing dan pecah minyak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Goreng Udang Blackpepper

3. Masukkan air dan cuka. Kacau sampai mendidih. Masukkan ikan goreng tadi, lada besar dan tomato. Kacau dan bila semua dah masak sekata, tabur daun sup. Tutup api, siap.⁣

Resepi Ikan Tenggiri Goreng Masak Asam

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo