Ikan, Makanan Laut

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal

resepi-ikan-cencaru-sumbat-sambal

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Bahan-Bahan:

4 ekor ikan cencaru ~ siang, cuci bersih dan belah belakangnya
sedikit garam
sedikit kunyit
1 sudu besar gula pasir atau gula Melaka
minyak untuk menumis & mengoreng

Bahan Kisar/Tumbuk –

5 tangkai cili kering ~ buang biji dan rendam hingga lembut
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inc belacan bakar
1 inc halia
1 sudu besar jus asam jawa
1 batang serai

Cara Membuat:

1. Ikan cencaru, di siang tetapi jangan belah bahagian perut, belah bahagian belakang antara kedua-dua belah tulang. Gaulkan dengan garam dan kunyit ketepikan.

2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum. Perasakan dengan garam dan gula dan masak hingga sambal pekat dan kering. Angkat dan sejukkan.

3. Sumbatkan sambal dalam belakang ikan yang telah kita belah tadi. Sumbat di kedua-dua bahagian belahan.

4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng ikan sehingga masak ( Kalau nak panggang pun boleh). Balikkan ikan supaya masak di kedua-dua bahagian ikan. Sedia di hidangkan.

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal