Sarapan

Resepi Baked Breakfast Omelette

resepi-baked-breakfast-omelette

Resepi Baked Breakfast Omelette

Bahan-Bahan:

4 biji telur gred A
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan cincangan sosej
1 biji tomato – cincang
2 sudu makan parutan keju mozarella
1 sudu makan cincangan daun basil
Garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya
Mentega secukupnya

Cara Memasak:

1. Dalam satu mangkuk, pukul telur bersama susu segar hingga sedikit kembang (jangan pukul berlebihan)

2. Masukkan cincangan tomato, soswj, serbuk lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.

3. Sediakan loyang atau bekas pembakar yang telah disapu sedikit mentega di sekelilingnya.

4. Tuang bancuhan telur tadi ke dalam bekas tersebut. Tabur cincangan daun basil dan parutan keju.

5. Bakar di dalam ketuhar yangbtelah dipanaskan pada suhu 190c-200c selama 15-20 minit atau hingga telur masak. Angkat dan sedia dihidangkan.

Resepi Baked Breakfast Omelette