
Kukis ni kan anak anak Kekna cukup suka taw. Dok depan tv kan tak sedar habis satu balang.
Korang yang nak resipi ni meh Kekna syer ye. Memang sedapp giler sangat sangat sebab bila makan tu kan rangup krup krak kruk krak bunyi dia. Anak Kekna sampai makan non stop kot. Hahahaha.
Resipi Nestum Kukis Tak Cukup Satu Balang
Bahan A –
500 g butter
2 cawan gulang perang
1 sudu kecil esen vanila
1 biji kuning telur
Bahan B –
1 sudu besar emplex
2 sudu besar tepung susu
2 1/2 sudu besar tepung jagung.
1 sudu kecil bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Bahan C –
5 sudu besar minyak masak
Bahan D –
4 1/2 Cawan Tepung Gandum
1/2 cawan nestum
Bahan F –
1 cawan kuaci
1 cawan biji labu
Cara Buat:
1. Korang ambil bahan A tu kan kacau dengan sebati dan lepas tu baru la tambah dengan kuning telur.
2. Selepas dah sebati tambah bahan b dan juga bahan c.
3. Dah siap semua adunan tu sebati masukkan nestum dan kacau sebati lagi.
4. Lepas tu baru masuk kan sikit sikit tepung gandum tu sampai la rasa adunan senang nak di uli dan tak melekit di tangan.
5. Biji labu dan kuaci boleh la masukkan. Tapi sebelum tu bakar kejap dalam 5 minit biji labu dan kuaci ni dulu ye untuk dapat keranggupan.
6. Dah siap rehat kan doh tu selama 30 minit dalam peti ais ye.
Lepas tu korang ikut lah bentuk macam mana nak buat. Macam Kekna sukee buat bentuk macam tu. Senang kan.
Lepas tu korang boleh bakar dalam oven ikut oven masing masing la kan. Tapi oven Kekna 180 darjah dalam 25 minit ye.
Senang kan nak buat. Tambah cuti sekolah ni ramai la tangan tangan nak tolong.
Resepi Oleh: Zana Mokhtar