Nasi

Resepi Nasi Kukus Ayam Berempah

resepi-nasi-kukus-ayam-berempah

Resepi Nasi Kukus Ayam Berempah

Saya kongsikan full set resepi nasi kukus ayam berempah kerutuk daging sambal belacan yang enak dan sedap.

Beras dibersihkan dan ditoskan, masukkan beras dalam 1/2 mangkuk atau bekas kecik. Kemudian tuang air 3/4 dari mangkuk tadi dan kukus dalam 30 minit atau hingga masak (isi daun pandan dalam air kukusan untuk bau wangi).

Resepi Nasi Kukus Ayam Berempah

Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam dipotong kecil atau mengikut kesukaan anda (dibersihkan dan di salut tepung gandum sekejap untuk hilangkan hanyir)
  • 1 inci halia**
  • 1 biji bawang besar saiz kecik**
  • 5 ulas bawang putih**
  • 7 batang serai**
  • 1 sudu besar ketumbar (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
  • 1 sudu besar jintan manis (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
  • 2 tangkai daun kari dibersihkan dan diramas/dicarik
  • 1 sudu besar cili kisar
  • sedikit kunyit (terpulang nak yang segar atau serbuk)
  • garam dan gula sikit (pengganti ajinomoto) nak guna ajinomoto pun terpulang
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telor (dipukul dahulu)
  • 2 sudu besar rempah kari ayam

Caranya:

1. Ayam dibersihkan setelah disalut dengan tepung gandum. Semua bahan yang bertanda ** dikisar dengan sedikit air. Kisar hingga serai hancur, kemudian tumbuk ketumbar, jintan dan kunyit hingga hancur.

2. Dalam bekas satukan semuanya bahan rempah, telor, daun kari dan tepung jagung serta serbuk kari. Tambah garam dan sedikit gula, rasala sikit atau agak-agak ye rasanya. Kemudian masukkan potongan ayam, gaul sebati dan perap selama 1 jam atau lebih. Biarkan ayam tersebut 1 jam ke atas la, kalau lama sangat masukkan dalam peti ais. Time nak goreng keluarkan dan goreng.

3. Panaskan minyak, kemudian perlahan api aras sederhana (saya goreng dalam periuk sederhana kecil, separuh minyak). Masukkan ayam, goreng sehingga mendapat warna seperti dibawah. Toskan ayam ni diatas tisu serap minyak. Insyaallah hasilnya serdak garing dan rangup shingga ke petang. Selamat mencuba.

Nota: Sewaktu menggoreng ayam beserta dengan serdaknya dah nampak serdak kekuningan angkat dan toskan, sebab takut hangus/hitam pulak nanti. Ayam tu goreng sehingga masak atau cara lain goreng ayam dulu kemudian baru goreng serdaknya pun boleh.

Resepi Nasi Kukus Ayam Berempah

Resepi Kerutuk Daging/Kambing

Bahan-Bahan:

  • 1kg daging/kambing

Bahan Kisar –

  • 2 labu bawang besar
  • 3 bawang putih
  • sedikit halia
  • sedikit lengkuas

Bahan Lain –

  • Kulit kayu manis, bunga lawang buah pelaga untuk menumis
  • 4 sudu besar penuh rempah kerutuk
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 5 ulas bawang merah dihiris mayang
  • 2 ulas bawang putih dihiris mayang
  • 3 btg serai dititik
  • sedikit air asam jawa
  • 1 1/2 sudu besar kerisik
  • Garam dan gula melaka/nisang
  • 1 cawan Santan sederhana pekat
  • minyak utk menumis
  • lada besar hijau/kentang

Caranya:

1. Panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar, tumis sehingga wangi. Kemudian masukkan serai, kulit kayu manis, bunga lawang buah pelaga bawang merah dan putih yang dihiris serta cili kisar.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Bihun Kuah Tomyam Putih Sedap

2. Tumis sehingga semuanya naik minyak dan masukkan rempah kerutuk kacau sebati. Masukkan daging dan santan, masak sehingga daging empuk. Kemudian masukkan kentang potong, nampak kerutuk kering boleh tambah air sikit.

3. Masukkan garam dan gula melaka sedikit dan lada besar hijau, dalam 10 minit siap. Kerutuk ni bukan macam kuah gulai, dia sedikit pekat.

Resepi Gulai

Bahan-Bahan:

  • 2 biji bawang sederhana besar kisar
  • 2 ulas bawang putih kisar
  • 2 sudu cili kisar
  • 3 sudu serbuk kari babas (jadikan pes tambah sikit air)
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • sedikit daun kari
  • sedikit halia tumbuk
  • sedikit kunyit serbuk
  • garam, gula
  • sedikit air asam jawa
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1cawan santan serderhana pekat
  • air
  • 3 biji kentang
  • Nak isi ayam blh kaki ayam pun blh

Caranya:

1. Tumis bawang besar, bawang putih halia daun kari sehingga wangi, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, serbuk kunyit. Kemudian masukkan cili kisar dan pes kari, kacau dan sehingga naik minyak.

2. Masukkan kentang, santan, air dan kerisik. Bila dah empuk kentang, masukkan pati ayam, air asam jawa, garam dan gula. Siap untuk dihidang.

Resepi Sambal Belacan

Bahan-Bahan:

  • 20 tangkai cili padi potong kecik
  • 10 tangkai cili merah besar potong kecik
  • 4-6 biji asam limau kasturi-buang biji dan perah airnya
  • 1 ibu jari belacan-bakar seketika
  • 2 ulas bawang putih bakar seketika
  • 2 sudu besar cuka
  • 1bii buat tomato potong kecik
  • 1/4 cawan gula melaka/nisang (parut bagi halus)
  • 1 sudu asam jawa tambah dengan air panas ramas amik airnya sahaja
  • Sedikit air

Caranya: Kisar semua bahan diatas kecuali limau kasturi tapi jangan hancur sangat. Bila dah siap kisar baru perah limau kasturi dan hiris kulit limau kasturi. Jika kurang suka manis boleh kurangkan.

Resepi Oleh: Tahrunnisah Jali