Resepi Kuih Talam Keladi Berlauk

Bahan-Bahan & Cara Membuat:

Talam Keladi Berlauk –

300gm keladi – potong dan kukus
175gm tepung beras
40gm tepung jagung
20gm tepung gandum
1 liter santan
Garam secukup rasa

Bahan Lauk –

2 Sdb minyak masak
300gm udang segar – kupas dan cincang
15gm udang kering – rendam dan tumbuk
3 tangkai daun sup
3 tangkai daun bawang
2 biji cili merah and 1 biji cili padi merah
Garam secukup rasa
Bawang goreng secukupnya

Cara Membuat:

1. Untuk lauk; Panaskan minyak, gorengkan udang hingga berubah warnanya. Masukkan udang kering hingga wangi & angkat. Gaulkan dengan garam, bawang goreng, daun sup, bawang dan cili merah.

2. Untuk talam keladi; Kukus keladi hingga empuk, ketepikan. Satukan tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum, santan serta garam.

3. Kacau bahan tepung dan santan atas api perlahan hingga naik wap dan tutup api. Masukkan keladi yang dikukus tadi (kalau kukus dalam loyang besar) kalau pakai acuan lompang tak payah masak atas api. Masukkan separuh inti ke dalam bancuhan Terus je tuang dalam acuan.

4.Lenserkan sedikit minyak pada loyang atau acuan lompang. Kukus sehingga 3/4 masak, taburkan baki inti dan kukus sehingga masak.

Untuk Sos Cili –

4 bj cili merah 1 bj cili padi
1 sdb cili boh
1 sdb sos tomato
1sdb gula
2sdb jus lemon/limau nipis
1/2 sdt kicap pekat
1 sdt tepung jagung bancuhkan dgn 80ml air
Garam secukup rasa

Cara Membuat: Sebatikan semua bahan di atas dan renehkan atas api sehingga pekat.

Sos Kicap –

2 sdb taucu
250ml air
50gm gula
4sdt tepung jagung larutkan dgn 60ml air
1sdb kicap cair
1sdb kicap pekat.

Cara Membuat: Sebatikan semua bahan di atas dan renehkan atas api sehingga pekat.

Resepi Oleh: Noor Azlina Khalil

Comments are closed.