Resepi Apple Crumble

Kadangkala beli apple hijau sebab nampak cantik. Lepas tu duduk dalam fridge. Nak buat pie, kurang kerajinan pula. Boleh saja buat “Apple Crumble” – wangi dapur dengan bau apple masak dan harum dari butter dalam adunan crumble tu. Kalau ada yang nak cuba buat dessert paling mudah, inilah dia:

Resepi Apple Crumble cara Ida

Mula-mula panaskan oven 170 darjah C kalau oven berkipas. Oven biasa, 190 darjah C.

Inti:

6 biji apple Granny Smith
3 sudu besar gula (golden caster sugar kalau ada)
1 sudu besar madu
1 sudu besar butter

Cara Buat:

1. Kopek, buang tengah apple dan hiris nipis. Gaul dengan gula dan madu. Masuk dalam bekas tahan panas (9×13) yang sudah dilenser butter. Letak ketulan butter sedikit di sini-sana dalam adunan apple.

2. Tekan-tekan lapisan apple agar mampat supaya lapisan crumble tak masuk ke celah apple.

Adunan atas:

350 gm tepung
220 gm gula
220 gm butter sejuk (salted)
Gula (perang lagi cantik)
Segenggam oats
Badam hiris (jika mahu)

Cara Buat:

1. Campurkan tepung dengan gula, masukkan butter sejuk yang telah didadu.

2. Dengan hujung jari, hancurkan butter dan gaulkan dengan tepung dan gula hingga jadi seperti serbuk roti.

3. Tuangkan adunan crumble ke atas lapisan apple. Saya buat macam bukit di tengah, kemudian saya ratakan dengan jari ke semua penjuru.

4. Tabur sedikit gula (gula perang lagi cantik), oats dan badam hiris di atas. Bakar dalam oven 40 minit.

5. Hidangkan dengan ais krim vanilla atau sos custard. (Saya tertabur gula lebih atas tu. Tak apa nanti boleh torch kan jadi caramel).

Resepi Apple Crumble

Resepi Oleh: Ida Alina Salleh