snek, Snek

Resepi Cucur Udang Krispi Macam Keropok

resepi-cucur-udang-krispi-macam-keropok

Resepi Cucur Udang Krispi Macam Keropok

Untuk resepi ni, hakak gunakan acuan rempeyek. Korang boleh gunakan senduk sayur, tapi cukup letak adunan nipis-nipis je.

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan tepung beras
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan minyak
  • 1 sdt baking soda
  • sedikit kunyit
  • 1 biji telur
  • lada putih
  • 15 ekor udang, kupas kulit belah 2
  • sedikit kucai
  • sedikit tauge
  • garam/seasoning/cukup rasa
  • 3/4 cawan air (anggaran)

Cara Membuat:

1. Bancuh kesemua bahan-bahan diatas kecuali udang. Rendam acuan/senduk kedalam minyak panas, lebih kurang 1 minit.

2. Angkat dan isikan adunan cucur, letakkan udang diatasnya dan tekan-tekankan supaya udang tak terlepas.

3. Masukkan dalam minyak panas, bila cucur dah nampak berubah warna tanggalkan dari acuan/senduk.

4. Masak hingga kuning keemasan dan nampak garing, angkat dan toskan.

Sedap dimakan bersama kuah kacang atau sos cili thai. Selamat mencuba.

Resepi Cucur Udang Krispi Macam Keropok

Resepi Oleh: Kuali Helena