Resepi Roti Manis

Resepi Roti Manis

Bahan-Bahan:

400gm tepung roti ~ diayak
100gm tepung gandum ~ diayak
100gm gula kastor
265gm air sejuk + 1 biji telur
40gm susu tepung
80gm butter
11gm yis
1st bread improver
1 st bread softner

Bahan Sapuan –

telur + susu cair

Cara Membuat:

1. Campurkan semua bahan kering dan bahan cecair. Uli guna tangan atau mixer. Air letak sikit demi sedikit, tak perlu habiskan jika dah cukup lembut.

2. Bila sudah sebati, masukkan butter dan uli hingga sampai licin.

3. Perap adunan selama 30 minit kemudian tekan doh untuk buangkan angin.

4. Bentukkan adunan tersebut, jika melekit, sapu tapak tangan dengan butter. Perap adunan yang dah siap dibentuk hingga naik 2 x ganda.

5. Sebelum bakar, sapu atas roti dengan bahan sapuan.

6. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga masak. Ikut kepanasan oven masing-masing.

Roti Manis

Sumber: Liza Roti Manis