
Resepi Daging Masak Kurma
Bahan-Bahan:
1 kilo daging – seeloknya daging batang pinang
1 1/2 senduk nasi rempah kurma
Santan RM2
Susu cair secawan
Bahan Tumis –
Minyak masak
Minyak sapi
Daun pandan
Daun kari
Kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Serai 1 btg
Bwg merah – mayang
Bwg putih – mayang
Halia – mayang
Bahan Mesin/Kisar –
2 labu bwg besar
4 ulas bwg putih
4 cm halia
3 tangkai daun pudina
Sebatang serai
Sekotak kecil kismis hitam
Gajus
1/2 senduk nasi kacang tanah siap digoreng
Bahan Rampai –
Cili hijau besar
Cili merah
Cili padi
Bwg besar belah 2
Tomato belah 2
Tomato ceri
Daun pudina
Daun saderi
Cara Masak:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis sampai garing.
2. Daging digaul bersama rempah kurma. Masukkan daging selepas bahan tumis garing. Campur sekali bahan mesin. Tambahkan air secukupnya untuk lembutkan daging.
3. Kacau selalu supaya rempah tidak hangit. Bila daging empuk, masukkan santan pekat dan susu cair. Tambahkan perahan lemon/limau nipis.
4. Perasakan garam dan gula merah sikit. Akhir sekali masukkan bahan rampai. Siap.
Resepi Oleh: Faizah Binti Abdul Hamid