
Resepi Ayam Goreng Tom Yam
Bahan-Bahan:
300 gm ayam dipotong kecil
sebatang serai dipotong halus
sedikit daun limau purut
sedikit perencah tom yam
4 biji cili api
sayur – kobis bunga, jagung kecil, lobak (dipotong kecil)
3 ulas bawang putih
sedikit sos tiram
sedikit air
bahan perasa
Cara Memasak:
1. Goreng ayam dahulu dalam kuali berasingan. Angkat dan ketepikan seketika.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih beserta perencah tom yam. Masukkan sedikit air.
3. Masukkan ayam serta sayuran tadi. Masukkan juga, daun limau purut, cili api, serai dan sedikit sos tiram.
4. Gaulkan hingga sebati. Kalau bahan agak kering, bolehlah ditambah sedikit air lagi.
5. Masak sehingga naik bau, bolehlah diangkat dan dihidangkan.