Kuih Muih, Snek, Udang

Resepi Cucur Udang Rangup

resepi-cucur-udang-rangup

Resepi Cucur Udang Rangup

Bahan-Bahan:

500g Udang – kopek kulit (jika suka), buang kepala (jika suka) dan bersihkan
1 biji Bawang Besar – hiris
1 genggam Taugeh
1 cekak Kucai – potong pendek
1 bj Putih Telur
1 sb Minyak Masak
1 st Cuka
1/2 kiub Ayam Knorr
4 senduk Tepung Gandum
1/2 st Serbuk Kunyit
Garam, Air – secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan Kuah Kacang –

3 genggam Kacang Tanah
3 ulas Bwg Merah
10 biji Cili Kering
Air Asam Jawa
Garam, Gula

Cara Membuat:

1. Masukkan kesemua bahan, kecuali air ke dalam satu bekas besar. Gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang dikehendaki (tidak terlalu pekat atau cair).

2. Panaskan minyak dalam kuali besar untuk goreng terendam. Ambil adunan sesudu besar dan lenyekkan di tepi kuali supaya nipis.

3. Balikkan cucur apabila lekang dari kuali dan goreng sehingga garing dan rangup. Angkat dan toskan minyak berlebihan.

4. Potong-potong dan hidangkan dengan hirisan timun, sengkuang dan kuah kacang.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mee Udang Kuala Sepetang

Buat Kuah Kacang –

1. Goreng kacang tanah dengan sedikit minyak sehingga rangup. Angkat dan ketepikan.

2. Goreng hirisan bawang merah dan angkat. Goreng cili kering dan angkat.

4. Kisar kesemua bahan-bahan dengan air secukupnya.

Cucur Udang Rangup