Ayam

Resepi Ayam Masak Kam Heong

resepi-ayam-masak-kam-heong

Resepi Ayam Masak Kam Heong

Bahan-Bahan:

500 gm ayam
4 tangkai cili padi – diketuk
2 tangkai cili merah – dihiris
2 labu bawang besar – dicincang
4 ulas bawang putih – dicincang
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan cili sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
5 helai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

1. Gaulkan ayam bersama sedikit tepung jagung dan sedikit garam dan kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan putih hingga naik baunya.

3. Kemudian, masukkan serbuk rempah kari bersama sos cili, sos tomato, daun kari, kicap dan juga sos tiram. Kacau rata dan biarkan hingga kuah menjadi pekat. Tambahkan air jika perlu.

4. Setelah itu, masukkan ayam bersama cili merah dan juga cili padi. Gaulkan ayam hingga rata.

5. Jangan lupa, masukkan garam dan gula. Gaul seketika dan siap untuk dihidangkan.