
Resepi Creamy Scramble Egg
Bahan-Bahan:
3 biji telur
1/2 cawan susu fresh
1/2 sudu kecil serbuk cili kasar
secubit garam
1 sudu besar mentega
Cara Membuat:
1. Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan kesemua bahan-bahan lain kecuali mentega.
2. Pukul sedikit sehingga semuanya sebati.
3. Panaskan kuali non stick dan masukkan butter. Bila mentega dah cair, masukkan adunan telur.
4. Biarkan seketika kemudian kacau hingga telur tadi hancur dan masak. Angkat dan hidangkan. Enak dimakan bersama roti bakar atau hash brown.