Roti, Sarapan

Resepi French Toast

resepi-french-toast

Resepi French Toast

Bahan-Bahan:

5 keping roti Gardenia
2 biji telur
2 sudu besar susu full cream
1/2 biji bawang besar, hiris nipis
Butter secukupnya
1/4 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

1. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan susu, garam dan bawang. Kacau sebati.

2. Panaskan kuali leper, lebih baik jika gunakan kuali non stick. Masukkan 1 sudu kecil butter.

3. Celup kedua belah bahagian roti di dalam adunan telur. Kautkan bawang dan letakkan dia atas bahagian yang hendak di goreng. Cepat-cepat telangkupkan ke atas kuali.

4. Apabila bahagian bawah masak, kautkan bawang ke bahagian atas dan cepat-cepat terbalikkan.

5. Masak sehingga garing keperangan. Angkat dan hidang.

French-Toast