Sarapan, Snek

Cara Buat Hash Brown

cara-buat-hash-brown

Cara Buat Hash Brown

Bahan-Bahan:

*3 biji kentang – dikopek kulit dan diparut (gunakan pemarut cheese atau sagat dengan halus)
*1/2 biji bawang besar – diparut

1 biji telur
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada hitam (gunakan lada hitam biji dan dikisar, rasanya akan lebih enak)
Garam secukup rasa
Butter untuk menggoreng

Cara Membuat:

1. Ambil bahan * dan direndam kedalam air sejuk dan disimpan kedalam peti sejuk selama lebih kurang 20 minit.

2. Setelah itu keluarkan dan ditoskan air rendaman, lebih baik diperah dengan menggunakan kedua belah tangan (genggam untuk mengeluarkan air lebihan yg terkandung didalam kentang tadi.

3. Boleh bentukkan mengikut kesukaan masing-masing.

4. Masukkan kedalam loyang dan tekankan hingga padat dan ditekap dengan menggunakan acuan bulat (acuan telur benjo).

5. Angkat dan masakkan ke atas kuali/flat pan (non-stick lebih baik) dengan sedikit butter dan api yang kecil.

6. Biarkan masak kedua belah sehingga keperang-perangan dan diterbalikkan.

7. Bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama sos kegeramaran.