Kek

Resepi Chocolate Moist Cake Viral

resepi-chocolate-moist-cake-viral

Resepi Chocolate Moist Cake Viral

Bahan-Bahan Untuk Kek: Panaskan Kukusan Terlebih Dahulu

1 cawan tepung gandum*
1cawan tepung koko*
1cawan minyak masak*
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
2 biji telur
1 st esen vanila
1 st soda bicarbonate
1 st baking powder

Caranya:

1. Ambil satu bekas adunkan bahan bertanda*  hingga betul-betul sebati. Masukkan susu cair, susu pekat, dan kacau lagi.

2. Masukan baking powder & soda, kacau sebati dengan dimasukkan telur satu persatu hingga habis.

3. Akhir sekali, masukkan gula dan kacau sebati lagi 7-8 minit dengan di tambah esen vanilla. Kacau dan siap bolehlah dikukus selama 45-1 jam atau mengikut api kukusan masing. Zura just kukus 45 minit, siap.

Bahan-Bahan Untuk Topping:

1/4 cawan susu cair
1/2 cawan susu manis
1/4 cawan minyak masak
1/4 cawan coco powder (zura lebih suka coco powder berbanding coco bar, terserah masing-masing na)

Caranya:

1. Adun semua bahan-bahan di atas. Bolehlah di kacau secara double boil (masak di atas periuk yang lain dengan berisi air). Nak mudah, selesai kukus kek anda, masak ja topping di atas air kukusan, mudah kan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Minyak Pelangi

2. Setelah siap sebati, bolehlah di salurkan topping ke atas kek tersebut & boleh lah di hias mengikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba.

Resepi Oleh: Zura Wan Chek