Kuih Muih

Resepi Cekodok Pisang Gebu Rangup

resepi-cekodok-pisang-gebu-rangup

Resepi Cekodok Pisang Gebu Rangup

Kuih paling mudah? Buat ja cekodok pisang gebu rangup resepi Jejaka Brownie ni. Teksturnya yang gebu dan rangup memang sangat sesuai disediakan untuk breakfast dan minum petang.

Bahan-Bahanya:

Bahan 1 –

  • Pisang Berangan ranum 1kg

Bahan 2 –

  • Tepung Gandum 1kg
  • Tepung Beras 1 cawan
  • Baking Soda 1/2 sudu makan (wajib)
  • Baking Powder 1 sudu makan
  • Gula 1 cawan (Ikut selera)
  • Garam 1/3 sudu makan

Bahan 3 –

  • Air (Mengikut kesesuaian adunan)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1. Lecek pisang tak perlu blend halus dan timbang 1kg (Bahan 1). Lalu masukan pisang yang dilecek tadi ke dalam (Bahan 2) campur bagi sebati.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Adunan jangan terlalu cair tujuannya adalah untuk mendapatkan tekstur yang gebu dan bulat bila digoreng.

3. Panaskan minyak dalam kuali. Kuantiti biar banyak.

4. Bila adunan tadi dah siap, basahkan kelima-lima hujung jari menggunakan air dan ambil sedikit adunan menggunakan teknik “jemput-jemput” lalu jatuhkan ke dalam minyak yang panas.

5. Goreng hingga perang. Bila dah siap hidanglah. Selamat mencuba.

Resepi Cekodok Pisang Gebu Rangup

Resepi Oleh: Jejaka Brownie