Kek

Resepi Carrot Cheese Cake

resepi-carrot-cheese-cake

Resepi Carrot Cheese Cake

Bahan-Bahan:

260 gm tepung
270 gm gula castor – boleh tambah jadi 300gm kalau suka manis 4 biji telur size A
240ml minyak zaitun atau minyak jagung
1 1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking soda
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk kayu manis
2 1/2 cawan carrot – disagat halus
1 cawan kacang badam atau walnut dicincang kecil
1/2 cawan kismis- dicincang

Topping Cream Cheese:

250gm cream cheese*
Gula icing secukupnya*
jus dari buah lemon secukupnya*
Pukul cream cheese, jus lemon bersama gula secukup rasa sehingga kembang dan menjadi fluffy

Cara Membuat:

1. Panaskan oven pada suhu 180’C. Sagat carrot dan ketepikan dahulu.

2. Bakar kacang walnut selama 5-8 minit dalam oven kemudian dicincang menjadi ketulan kecil.

3. Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat serta serbuk kayu manis.

4. Pukul semua telur sehingga menjadi sedikit kembang anggaran selama 1 minit kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit.

5. Terus pukul adunan telur dan gula sehingga bertukar menjadi warna pucat kemudian masukkan semua minyak zaitun serta esen vanilla dan terus pukul sehingga bahan menjadi sekata dan mesra.

6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul semua bahan kemudian masukkan carrot yang disagat tadi, termasuk kacang walnut serta kismis. Kaup balikkan semua bahan-bahan sehingga menjadi mesra serta sebati.

7. Masukkan adunan kek ke dalam loyang pembakar. Bakar adunan kek selama 40-30 minit atau sehingga kek masak.

8. Gunakan lidi untuk cucuk tengah kek jika lidi itu keluar bersih bermakna kek sudah masak.

9. Sejukkan kek tadi di atas relai besi dan kemudian boleh lah disapu dengan cream cheese dan hias mengikut kreativiti anda.

Resepi Carrot Cheese Cake