
Resepi Cakoi Lembut Dengan Kuah Manis Pandan
Hari minggu petang petang haruslah ada kudapan kan hehe.. Cakoi gebu gebas rangup di luar lembut di dalam cicah dengan sos manis pandan, ni ada resepi sekali.
Cakoi Lembut –
Bahan-Bahan:
400gm tepung gandum
1 cawan air
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar susu pekat
1 biji kuning telur sahaja
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar yis
1/2 sudu kecik soda bikarbonat
kalau suka boleh masukkan 1ulas bawang putih yang ditumbuk ke dalam
bancuhan cakoi tu (kita tak letak)
Minyak untuk menggoreng
Cara Buat:
1. Satukan air, marjerin, minyak, garam, gula, susu, yis, telur, soda bikarbonat dalam mangkuk kacau sebati.
2. Masukkan tepung sikit sikit ke dalam bancuhan. Uli hingga jadi doh lembut tak melekat di jari biarkan sekejap dalam 20 minit dalam bekas bertutup@balut dengan plastik.
3. Canaikan doh lebih kurang setebal 1/2sm bentuk segi empat(kita pakai tangan je). Potong kepada kepingan bersaiz lebih kurang 1 inci (saiz terpulang takpe).
4. Rendam lidi dalam air, tekan lidi basah atas setiap kepingan 1 inci tu. Cantumkan dua bahagian kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain.
5. Panaskan minyak, tarik sedikit kedua dua hujung cakoi tu dan goreng hingga keperangan.
Sos atau Kuah Manis Pandan –
Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan susu cair
pes@esen pandan sikit
garam secubit
1 1/2sudu besar tepung kastard
susu pekat 3-4sudu
pewarna hijau sikit
Cara Buat: Campurkn semua kacau sebati dan masak hingga sedikit pekat.
Resepi Oleh: Raja Amanina di kongsikan dalam Group FB Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)