Happy lunch! Lama teringin makan daging bakar ni. Kebetulan baru dapat resepi air asam thai dari tukang masak siam, jiran kedai @kudapkudap_ cafe.
Dia cakap bahan simple je. Tapi kita ada ubah sikit resepi. Memang terbaik laa. Daging bakar tu resepi kita sendiri, main cecampak. Simple sangat. Jom usha resepi.
Resepi Daging Bakar
Bahan-Bahan:
– 1 kg daging (biar besar-besar, basuh dengan tepung dan asam jawa/limau. Bilas bersih-bersih. Rebus dengan 1 sudu besi selama sejam ke sejam setengah. Kita guna daging murah so kena rebus dulu. Kalau guna batang pinang or daging mahal, takyah rebus, terus je perap dan bakar).
– 4 sudu sos tiram
– 3 sudu kicap lemak manis
– sedikit garam
– 2 sudu gula
– sedikit minyak
Cara Membuat:
1. Ambil daging siap rebus tadi dan toskan air sampai kering. Gaulkan sos tiram, kicap, garam dan gula hingga rata.
2. Lumur pada daging sampai rata. Perapkan setengah ke sejam. Semalaman pun ok, lagi sedap.
3. Panaskan kuali leper, tuang sikit minyak. Guna api besar. Letak daging dan biar hingga masak. Palingkan. Bila dah masak, angkat, potong/gunting dan hidangkan dengan air asam thai.
Air Asam Thai
Bahan-Bahan:
-1 cekak daun ketumbar. Asingkan batang dan daun. Daun dihiris halus.
-5 ke 6 biji cili api merah
-4 ulas bawang putih
-2 biji limau nipis besar (ambil jus sahaja)
-2 sudu membukit gula
-1 sudu sos ikan
-1/2 sudu kecil serbuk pati ayam (optional, taknak letak pun takpe)
Cara:
1. Tumbuk bawang putih, 4 biji cili api dan batang ketumbar sampai halus.
2. Perah jus limau dan kacau dengan gula dan sos ikan. Masukkan ke dalam mangkuk. Ejas laa rasa masam manis masin.
3. Hiris halus 2 cili api. Masukkan ke dalam mangkuk tadi dengan hirisan daun ketumbar. Kacau rata. Done.
Makan Dengan Sambal Minang Boleh Bertambah Selera >> KLIK DI SINI
Penafian: Resepi dan gambar adalah hak milik Puan Nur Fakhira Mohd Rosli yang dikongsikan dalam Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Anda boleh lawati laman Facebook beliau, Nur Fakhira Mohd Rosli.