Resepi Biskut Quaker Oat Simple

Resepi Biskut Quaker Oat Simple

Bahan-Bahan:

2 Cawan Quaker Oat
2 Cawan Tepung Gandum
3/4 Cawan Gula Kastor
1/2 Sudu Teh Baking Powder
Minyak Jagung Secukupnya

Cara Membuat:

1. Masukkan tepung, baking powder, oat dan gula ke dalam bekas dan gaul sebati.

2. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.

3. Bulat-bulatkan doh dan leperkan kemudian susun dalam loyang. Hiasan terpulang pada anda, boleh letak coklat cips.

4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 10-15 minit. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

biskut-oat