Kari

Resepi Kari Kambing

resepi-kari-kambing

Resepi Kari Kambing

Bahan-Bahan:

Kambing – 1 kilo
Halia – 2 inci
Bawang putih – 6 ulas
Serbuk Kunyit – 1/2 sudu kecil

*Blend Halia & Bawang putih, kemudian gaul dengan daging kambing. Masukkan serbuk kunyit sekali. Perap dalam 1 jam. Ini untuk hilangkan bau kambing.

Bawang Kecik – 12 ulas (potong hiris nipis-nipis)
Jintan Manis (Butir) – 2 sudu besar
Daun Kari – 2 tangkai
Kayu Manis – 1 (yang besar)
Bunga lawang – 1
Bunga Cengkih – 4
Pelaga – 4 biji
Serbuk Cili Baba’s – 2 teaspoon
Serbuk Daging Kari Baba’s – 2 teaspoon
Bawang besar – 1 biji (potong dadu)
Potato – 2 biji besar (potong 8)
Santan cair – 5-6cawan besar (perah santan dari 1 biji kelapa parut)
Santan Pekat – 2 cawan besar (jangan guna santan paket)

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak (6 sudu besar) dalam kuali.

2. Masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & pelaga. Minyak dah start percik, masukkan bawang kecik.

3. Tumis sampai bawang kecik lembut. Then masukkan jintan besar.

4. Once bawang dah macam warna perang sikit, masukkan daun kari. Gaul dalam 5 saat.

5. Then masukkan kambing yang di perap. Gaul semua sebati. Masak dalam 10 minit, sampai almost kering.

6. Lepas tu masukkan santan cair dalam 5 cawan. Tutup periuk and masak dalam api sederhana. Biar daging masak sampai empuk hingga kuah pekat and nampak minyak naik. Kalau minyak naik and daging tak empuk lagi, masukkan lagi balance santan cair (Kalau guna pressure cooker, masak dalam 5 whistle).

7. Once daging dah empuk, masukan serbuk cili & serbuk daging and serbuk kas kas (dalam 2 sudu kecil). Make sure api kecik. Kalau api besar, hangus serbuk cili u nanti. Masukkan potato and bawang besar. Gaul sebati.

8. Masukan santan pekat. Kalau nak kuah lebih tambah 1 cawan air. Masukkan garam. Masak dalam api kecil hinga potato lembut & paling penting minyak naik. Nak kari pekat, masak lama sikit.

Resepi Oleh: Shanthini Nilehmegam