Nasi

Resepi Nasi Briyani Seafood (Udang & Ikan Tenggiri)

resepi-nasi-briyani-seafood

Resepi Nasi Briyani Seafood (Udang & Ikan Tenggiri)

Bahan-Bahan:

Ikan Tenggiri dan Udang
Halia dan Bawang putih ditumbuk*
Serbuk kunyit*
Serbuk kari ikan babas*
Serbuk briyani Faiza*
Perahan lemon*
Garam*
Perasa*
Perap ikan dan udang dengan bahan*

Perap lama lagi sedap, kemudian goreng dengan minyak sedikit guna non stick pan

Bahan rempah masak untuk seafood tadi yang telah digoreng:

2 biji tomato size besar di potong dadu
2 sudu besar tomato puri
Bawang holland dipotong dadu
Halia dan bawang putih ditumbuk
Rempah kari Ikan babas
Rempah Briyani Faiza
Serbuk kunyit
Kiub Ayam
Garam
Perahan lemon

Tumis Bahan rempah masak, tambah air masak hingga sedikit pekat. Masukkan ikan dan udang yang telah digoreng tadi. Masak sekejap.

Bahan untuk nasi:

4 pot beras basmati cuci dan tos
Daun salam 2 helai
Kayu manis, buah pelaga, bunga pekak, hihi tak tau eja, cengkih

Rebus bahan rempah dengan air penuh periukk, bila mendidih masukkan beras dan garam, masak hingga 80%, kemudian angkat dan toskan dalam penapis.

Bahan-Bahan Lain:

Susu cair 1/2 cawan
Safron atau pewarna kuning
Pewarna merah
Kacang gajus
Kismis digoreng sebentar
Lada cili hijau panjang
Daun ketumbar dihiris
Daun Pudina dihiris
Bawang besar hiris dan digoreng, lagi banyak lagi sedap
Minyak Ghee 4 sudu besar

Cara Masak Nasi Briyani:

1. Sedia periuk, masukkan nasi ratakan, kemudian letak ikan, udang dan kuah, taburkan bawang merah yang dah digoreng, daun ketumbar, daun pudina, lada cili hijau panjang, letak sedikit ghee dan sedikit susu cair tadi, ulang langkah melapis ni sampai habis, atas sekali nasi. Cucuk 4 lobang guna chopstick dan masukkan pewarna dan safron.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kari Sotong

2. Tutup periuk dengan kain, biar wap tak keluar dan nasi cepat masak. Tanak nasi briyani dengan api kecil hingga masak dalam 15 minit.

3. Siap masak gemburkan nasi perlahan-lahan biar ikan tak hancur ye.

4. Kalau kat Saudi, briyani dimakan dengan yogurt ditambah potongan timun, bawang holland yang dihiris dan hirisan lemon.

Tips: Arwah Ayah pesan, masuk garam dalam air rebusan nasi sehingga air terasa masin macam air laut.

Berjela panjang resepinya hihi.. tapi mudah je nak buat, tak susah.. InsyaAllah!

Resepi Oleh: Amie Samuri