
Resepi Sweet and Sour Chicken Bakar Style
Bahan-Bahan Ayam:
4 keping dada ayam tanpa tulang
Garam dan lada hitam
1/2 cawan tepung jagung
2 biji telur grade A, dipukul
Minyak untuk menggoreng
Bahan-Bahan Sauce:
1/2 cawan gula pasir
4 sudu sos tomato
1/2 cawan apple cider vinegar
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh Serbuk bawang putih atau 2 biji bawang putih cincang halus
Caranya:
1. Panaskan oven ke (160C) 325 F.
2. Potong dada ayam dalam kepingan 1 – 2 inci, gaulkan dengan garam dan lada hitam. Masukkan tepung jagung gaul rata. Ketepikan.
3. Pukul telur dalam piring. Panaskan minyak dalam kuali, api sederhana sehingga panas.
4. Celupkan ayam ke dalam telur dan goreng sehingga kekuningan. Letakkan kepingan ayam ke dalam loyang 9X13 inci.
5. Campurkan bahan-bahan sos bersama dalam mangkuk dan tuangkan keatas ayam.
6. Bakar selama 45 minit, kacau sekali dua ketika ayam dalam oven supaya sos sebati bersalut ayam. Siap!
7. Hidangkan bersama nasi dan stim broccoli dengan cheese. Saya buat sup ayam sikit so takde lah kering sangat masa makan kan?.
Resepi Oleh: Lina Thomas