
Resepi Biskut Red Peal
Bahan-Bahan:
150gm butter – suhu bilik
150gm tepung gandum
75gm gula kastor
60gm cornflakes
50gm coklat chips
25gm almond nibs
1st esen vanila
Ceri merah – dihiris halus dan memanjang
Cara Membuat:
1. Pukul butter dan gula hingga sebati, saya guna whisk telur je. Tak payah pukul sampai pucat lesi, cukup setakat gula gaul sebati dengan butter.
2. Campurkan semua bahan kering kecuali ceri merah. Kacau sebati menggunakan sudip kayu.
3. Guna 2 garfu, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar yang diletak baking paper, saya guna non-stick baking paper, jemputkan kecil sikit dari 1/2sb. Adunan akan merebak atau meleper jadi jangan ditekan atau dipenyek jemputan tu. Elok dia tinggi sikit supaya rangup nanti.
4. Sapukan kuning telur kali ni tak buat dan hias dengan ceri merah.
5. Bakar pada oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu 170’C, bakar 20-25 minit atau bergantung pada oven masing-masing atau hingga tepi-tepi biskut agak keperangan.
6. Bila dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara.
NAK LAGI RESEPI BISKUT RAYA? DOWNLOAD APLIKASI ANDROID RESEPI BISKUT RAYA