
Syawal bakal tiba, ada yang masih tercari resepi biskut apa nak buat raya ni ke? Mesti ada yang macam kakak penah beli sekali tu la Nutella Pod. Bila beli ni terkulat nak makan kena pulak share ramai-ramai dapat 1-2 biji sorang bertuah la, biskut premium ni nak best kena rajin buat baru puas.
Arini kakak share Nutella Pod pulak, ni kali yang kedua buat, aritu mula buat mase awal Ramadhan. Habis sekelip mata je, macam biase la kakak akan survey semua resepi dah cari yang terbaik dan repair sikit mane yang sesuai untuk kita.
Tips untuk Nutella Pod yang cantik kena letak dalam acuan biskut bulat dan kena gigih la timbang setiap biji untuk sama besar. Kata nak buat sama macam kita beli kat luarkan?
Paling penting nak buat Nutella Pod ni makesure almond flour di panggang dahulu baru biskut rangup dan tidak lemau. Jangan derhaka yang ni sebab mula buat dulu biskut kakak tak berapa rangup sebab malas nak panggang almond flour tu.
Bahan Resepi Biskut Nutella Pod:
Bahan A
250gram butter
130gram gula perang ( kisar halus )
1 biji telur
1 sudu kecil essen vanilla
Mix butter & gula sampai sebati, masuk telur & essen vanilla.
Bahan B
380gram Tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikabornat
( semua bahan B di ayak )
50gram almond flour di panggang dgn suhu 170’c selama 5-7min.
Cara Buat:
1. Campurkan Bahan A & B secara sedikit-sedikit sehingga menjadi doh. Bila doh agak sebati masukan almond flour, gaul rata doh sehingga doh tidak melekat ditangan.
2. Bulatkan setiap doh 10gram, letak dalam acuan biskut. Tekan bulat di tengah, bakar dahulu 10min. Keluarkan semula dan tekap bulatan tadi lagi sekali, harus buat dengan cepat supaya doh tak pecah. Masuk semula bakar lagi 10min.
3. Biskut dah masak, boleh keluarkan tunggu sejuk boleh paipkan nuttela. Boleh jugak simpan biskut dalam bekas kedap udara, bila nak makan baru paip nuttela.
Resepi Oleh: Sania Weina
NAK LAGI RESEPI BISKUT RAYA? DOWNLOAD APLIKASI ANDROID RESEPI BISKUT RAYA