Resepi Agar-Agar Lapis Mudah Dalam Bekas Comel
Alhamdulillah. Dengan jayanya siap agar-agar untuk jamuan raya suami terchinta jam 1.30 pagi. Ye lah dah ada baby kecik memang perlu tunggu baby tidur dulu. Nak resepi, ni untuk 70 bekas ya.
Bahan-Bahan:
- 3 setengah bungkus agar-agar tali
- Sukatan air ikut penyediaan pada plastik agar-agar
- Gula batu 1/2 cawan
- Susu cair 2 tin
- Susu pekat 1 tin
- Kek butter 200gram (kalau takde ganti dengan roti keping dalam 5 keping)
- Pewarna ros & hijau epal
- Essence vanilla
- Biji selasih
Cara Membuat:
1. Lapisan hijau; Masak 1 bungkus agar-agar tali tu dengan sukatan air yang betul, gula batu dan setengah tin susu pekat. Kemudian masukkan kek butter atau roti 2-3 keping (yang direndam dengan 1 tin susu cair). Seterusnya, letak pewarna hijau dan layerkan dalam bekas puding.
2. Lapisan putih; Sambil tunggu lapisan hijau sedikit keras, buat lapisan putih. Ulangi langkah yang sama macam lapisan hijau. Cuma kali ni kita letak vanilla essence. Dan lapis dalam bekas.
3. Lapisan merah; Masak agar-agar tali bersama gula batu dan kemudian letak pewarna rose, saya guna cordial rose. Yang ni tak perlu letak kek atau susu ya, kita nak plain jer. Lepas tu masukkan biji selasih yang dah direndam air panas. Kemudian lapiskan bahagian terakhir.
Langkah macam cerewet tapi kejap jer siap. Selamat mencuba.
Guna Agar-Agar Tali Keluaran Muslim Jenis Ni >> LIHAT DI SINI
Resepi Oleh: Atien Carmella