Ayam

Resepi Ayam Goreng Air Fryer ala KFC

resepi-ayam-goreng-air-fryer-ala-kfc

Resepi Ayam Goreng Air Fryer ala KFC

Bahan-Bahan:

  • 4-5 ketul ayam
  • 1 cawan tepung gandum (jika nak guna tepung Bestari pun boleh)
  • 2 cawan buttermilk (2 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka)
  • 4 sudu teh paprika
  • 3 sudu teh white pepper (lada putih)
  • 1 sudu teh black pepper (lada hitam)
  • 1 sudu teh dried mustard
  • 1 sudu teh ground ginger
  • 1/2 sudu teh thyme
  • 1/2 sudu teh basil
  • 1/3 sudu teh oregano
  • 3 sudu teh garlic & herbs salt
  • 2 sudu teh garam (Kakmie guna garam pink himalaya)

Cara Membuat:

1. Perap ayam bersama buttermilk selama 2-3 jam. Campurkan semua bahan-bahan kering dan gaul sebatikan.

2. Celup ayam dalam bahan campuran. Golek-golekkan (14-15 kali golek) supaya seluruh isi ayam bersalut cantik.

3. Sapu minyak (bahagian bawah bakul air fryer) dan panaskan sekejap 2 atau 3 minit bakul air fryer tu ye.

4. Kemudian susun ayam ke dalam bakul air fryer dan spray sikit minyak kat isi ayam.

5. Set kan air fryer;

▪️ suhu 180 darjah
▪️ masa 20-25 minit (ikut kuantiti)

6. Balik-balikkan separuh masa dan spray sikit minyak lagi. Sambung semula menggoreng hingga habis masa. Ok, Siap!. Boleh lah menikmati homemade Ayam Goreng ala KFC bersama famili.

Tips dan Nota:

  1. Untuk elakkan ayam melekat teruk kat bakul air fryer, sapu sedikit minyak kat bahagian bawah bakul dan panaskan sekejap air fryer.
  2. Boleh buka bakul untuk check tahap garing ayam kita.
  3. Jika tiada buttermilk boleh digantikan dengan 2 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka.
  4. Jangan perap ayam bersama buttermilk terlalu lama (melebih 3 jam) sebab boleh menyebabkan ayam rasa agak masam.
  5. Rempah-rempah yang Kakmie senaraikan di atas senang saja nak dapat. Banyak jual kat pasaraya.
  6. Minyak untuk spray Kakmie letakkan dalam botol yang Kakmie beli kat Daiso je. Minyak pulak Kakmie guna minyak masak.
Resepi Ayam Goreng Air Fryer ala KFC

Resepi Oleh: Salmy Saznira