Kuih Muih, Puding

Resepi Bingka Cracker

resepi-bingka-cracker

Resepi Bingka Cracker

Bahan-Bahan:

280gm biskut cracker – biskut lemak
170gm tepung gandum
2 cawan gula castor
6 biji telur B – saya guna A
1420ml susu cair – 1400ml susu cair + 20ml air
2 sudu besar butter – saya cairkan
2 sudu kecil pewarna kuning
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
Sedikit bijan – untuk tabur

Cara Membuat:

1. Panaskan oven suhu 180C selama 10 minit. Lengserkan loyang dengan minyak masak dan masukkan loyang dalam oven 5 minit masa terakhir.

2. Blend biskut cream cracker bersama tepung dalam blender hingga halus, ketepikan.

3. Blend telur, gula, susu cair, pewarna kuning, sedikit esen vanila dan secubit garam hingga gula larut. Masukan tepung yang telah diblender bersama biskut sedikit-sedikit dan blender lagi hingga sebati kecuali bijan.

4. Tuang ke dalam loyang yang dipanaskan sebentar dalam oven dan taburkan bijan rata-rata diatasnya jika suka.

5. Bakar selama 1 jam atau sehingga atasnya keperangan. Sejukkan betul-betul dahulu baru dipotong.