Begedil, Sayur

Resepi Begedil Telur Jumbo

resepi-begedil-telur-jumbo

Siapa suka begedil? Feveret akak untuk makan dengan soto atau sup ayam Begedil Telur Jumbo ni lah… besar dah macam bola tenis puas hati makan sebiji, tapi akak makan separuh jer dah kenyang hehee…

Resepi Begedil Telur Jumbo

Bahan-Bahan:

1/2 kilo kentang (potong & kukus)
250 grm daging ayam kisar
5 bj telur rebus
2 sdb bawang goreng tumbuk kasar
1 sdb bawang putih goreng tumbuk kasar
1 sdb lada sulah
garam & penyedap rasa
daun bawang hiris-hiris

Bahan Tumbuk Untuk Ayam –

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
sedikit garam

Bahan Pencelup –

2 biji telur + sedikit penyedap rasa @ garam dipukul guna garfu

Cara Membuat:

1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukkan daging ayam cincang. Masak hingga ayam berubah warna, perasakan dgn sedikit garam. Ketepikan.

2. Lenyekkan kentang kemudian masukkan bahan-bahan lain dan ayam kisar, kacau sebati.

3. Ambil adunan dan bentuk bebola kemudian leperkan. Letak telur rebus di tengahnya, tutup rapat. Ulang proses hingga habis.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sup Cendawan (Mushroom Soup)

4. Panaskan minyak yang banyak guna api kecil.

5. Celup begedil dalam bahan pencelup dan goreng terendam hingga kecoklatan.

Enak dimakan bersama dengan bihun soto ayam atau daging

Resepi Begedil Telur Jumbo

Resepi Oleh: Eka Zahra