Resepi Mee Kuah Tulang

Resepi Mee Kuah Tulang

Bahan-Bahan:

1 paket mee kuning
200 gm tauge
2 batang sawi – potong pendek

Bahan Kuah –

1 kg tulang lembu – rebus empuk
1 liter air rebusan tulang atau daging
1 sudu makan sos tomato
1 labu bawang besar – dkisar
4 ulas bawang merah – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
2 sm halia – dikisar
3 sudu makan cili kisar
2 biji ubi keledek saiz sederhana – rebus dan kisar halus
Garam secukupnya
Gula perang secukupnya
Minyak masak secukupnya

Bahan Perencah –

1 biji tomato – hiris nipis
2 biji limau kasturi – belah dua (untuk diperah)
Daun bawang secukupnya
Bawang goreng secukupnya

Cara Memasak:

1. Untuk membuat kuah, panaskan dua sudu makan minyak masak di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi.

2. Masukkan cili dan tumis hingga cili masak. Kemudian masukkan tulang lembu bersama sos tomato dan air rebusan daging atau tulang lalu didihkan hingga semua bahan sebati.

3. Masukkan ubi keledek dan didihkan hingga kuah pekat. Tambahkan garam dan gula perang secukup rasa.

4. Untuk menghidang, celurkan mee kuning, tauge, dan sawi. Kemudian, letakkan sedikit bahan-bahan perencah sebelum menuang kuah dan tulang ke dalam mangkuk. Hidangkan.

Resepi Oleh: Renny Winda – MAHN