Resepi Ayam Tumis Tomyam Tak Berkuah Tapi Sedap
Jom cuba resepi ayam tumis tom yam ni. Nak kata masak paprik bukan, nak kata masak macam tom yam biasa tu pun bukan. Ada sedikit kelainan, boleh lah cuba kalau nak pelbagaikan resepi masakan ayam dalam menu makanan bersama keluarga.
Bahan Utama:
- 1/2 ekor ayam potong kecil gaul garam kunyit then goreng separuh masak, angkat ketepikan.
Bahan Tumis:
- 1 sdb bwg putih kisar
- 1 sdb bwg merah kisar
- 3 sdb cili kisar
- 2 btg akar ketumbar
- 3 helai daun limau purut
- 2 btg serai potong serong
- 2 sdb paste tomyam
- 1 sdb sos tiram
- 1 sdb sos cili
Bahan Sayur:
- Bunga kobis
- Kacang panjang
- Putik jagung
- Bwg holland
- Lengkuas
- Daun ketmbar
- Cili padi dan cili padi merah
Cara Memasak:
1. Guna minyak yang sama goreng ayam tadi, jika banyak kurangkan. Kemudian, tumis bahan kisar, bawang putih, bawang merah, cili kisar, batang ketumbar, serai dan daun limau purut.
2. Tumis semua bahan-bahan tadi sampai agak cili dah garing baru masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau-kacau sekejap. Pastu masukkan ayam dan semua sayur, bawang holland, lengkuas dan cili padi.
3. Seterusnya, tambah sikit air, kering sangat macam tak best. Pastu perasakan dengan sedikit garam dan gula. Last sekali, tabur daun ketumbar, bawang holland serta taburan cili padi. Ok dah siap simple je, makan dengan nasi panas-panas sedap.
Resepi Oleh: Qaseh Jue Aisya