Ayam

Resepi Ayam Masak Kicap Halia

resepi-ayam-masak-kicap-halia

Ayam masak kicap tapi bukan masak kicap biasa. Banyak halia. Hilang angin dalam badan. Cara masak pun tak sama. Kalau masak ayam kicap halia ni mesti nak letak daun sup, sebab saya suka makan daun sup tu hehe. Resepi ada dibawah.

Resepi Ayam Masak Kicap Halia

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam – Gaul dengan garam dan serbuk kunyit kemudian goreng setengah masak
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Air asam
Garam & serbuk perasa
Kicap manis
Kicap pekat
Daun sup/daun ketumbar – potong 1 inci

Bahan Kisar –

1 biji bawang besar*
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
4 inci halia*
10 biji cili kering* – tambah kalau nak pedas
1 pokok ketumbar – termasuk akarnya
1/2 sudu teh ketumbar – disangai
1/2 sudu teh jintan manis – disangai
1/2 sudu teh jintan putih – disangai

Cara masak:

1. Goreng bahan bertanda * hingga sedikit layu. Cili kering goreng sekejap saja.

2. Kisar bahan * yang sudah digoreng bersama daun ketumbar, jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Tumis bahan kisar tadi.

3. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis & kicap pekat. Gaul rata.

4. Masukkan ayam, sedikit air, air asam, garam & serbuk perasa. Masak hingga mendidih dan pekat kuahnya.

5. Tutup api kemudian masukkan daun sup atau daun ketumbar. Hidangkan.

Resepi Ayam Masak Kicap Halia

Resepi Oleh: Siti Zanariah Khalit