Bahan-Bahan:
250 gm mentega
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri
5 biji telur gred A
1 sudu besar esen vanila
5 sudu besar milo
5 sudu besar nestum
Cara Membuat:
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
2. Tuangkan esen vanila. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Sebatikan adunan.
3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu adunan masukkan milo dan pukul sedikit sehingga sebati. Adunan kedua dipukul bersama nestum yang telah dikisar halus.
4. Tuangkan adunan di dalam acuan berselang-seli atau mengikut kreativiti anda. Bakar pada suhu 180C selama 40 minit.