Ayam

Resepi Ayam Masak Beriani

resepi-ayam-masak-beriani

Resepi Ayam Masak Beriani

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (potong kecil)
4 sudu besar rempah beriani (bancuh dengan sedikit air)
3 sudu besar tomato puree
2 biji tomato buah (belah 4)
3 biji tomato (blend dengan 1 cawan air)
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar (belah 4)
Daun ketumbar (potong kasar)
Garam/Ajinomoto

Bahan Tumbuk –

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan Tumis –

2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
3 sudu besar minyak

Cara Memasak:

1. Ayam di basuh dan toskan. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.

2. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani yang dibancuh dengan air. Kacau rata sehingga naik minyak.

3. Masukkan buah tomato yang telah di blend dgn air dan juga tomato puree. Biarkan sehingga lembut.

4. Masukkan ayam. Masakkan sehingga ayam masak, pekat dan naik minyak. Kemudian, masukkan buah tomato belah, cili merah, cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar.

5. Perasakan dengan garam dan aji. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan Ayam Beriani dengan nasi beriani atau roti.

Resepi Oleh: Ammar Affendy dari MAHN