Sayur

Resepi Terung Goreng Berlada

resepi-terung-goreng-berlada

Resepi Terung Goreng Berlada

Bahan-Bahan:

2/3 biji terung panjang dipotong
2 biji bawang merah besar (tumbuk/kisar)
3 biji bawang putih (tumbuk/kisar)
Segenggam ikan bilis digoreng garing
cili merah dan cili hijau (tumbuk/kisar)
cili padi (ikut anggaran kepedasan yang kita nak)- tumbuk/kisar
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak dan goreng terung, angkat dan ketepikan. Masukkan bawang putih dan bawang merah.

2. Apabila terbit bau wangi, masukkan cili yang telah dikisar. Masak sehingga garing.

3. Masukkan garam dan gula. Say tambah dalam 1/2 cawan air sebab nak bagi dia berkuah sikit. Didihkan sekejap. Masukkan terung gaul sebati.

4. Angkat dan taburkan ikan bilis goreng diatasnya. Ikan bilis ni saya tumbuk kasar aje.

Resepi Oleh: Tengku RosElyza Raja Muhammad – MAHN