Resepi Ayam Masak Bawang Enak Rasa Berempah

Resepi Ayam Masak Bawang Enak Rasa Berempah

Sedap betul, seketul buat Sahur tadi tinggal panaskan. Masaknya pun tak susah, layan pula dengan nasi panas. Memang sesuai untuk dijadikan menu Sahur. Sebenarnya dah banyak kali Suami makan Ayam Masak Bawang. Namun, saya sendiri tak pernah cuba. Sebabnya setiap kali makan Nasi Kandar kita ralit makan Ayam Goreng Mamak sahaja. Kelmarin bila beliau kata teringat Ayam Masak Bawang. Saya cubalah search resepi dan terus cuba. Bertambah 3 kali beliau makan …mak ai, Jadi beliau kata! Baiklah, ini bahan-bahannya ye.

Bahan-Bahan:

  • 2 belah bahagian Ayam – lumur Serbuk Kunyit dan Garam, kemudian goreng seperti biasa.
  • 3 biji Bawang Merah Besar – lagi banyak lagi sedap. Hiris kemudian goreng.
  • Daun kari – tak letak
  • Daun pandan
  • Serai diketuk
  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sb Sos Tiram
  • 1sb Sos Cili
  • Kicap Manis – renjiskan sahaja
  • Garam dan Gula secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 1 biji Bawang Merah Besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 2 inci Halia

Bahan Rempah:

  • 2sb Serbuk Cili
  • 1sb Serbuk Kari Daging
  • 1/2sb Serbuk Jintan Manis

Cara Memasak:

1. Mula-mula hiris 3 biji bawang besar. Kemudian, goreng bawang layu, tak perlu garing sangat. Angkat dan ketepikan. Sementara itu, lumur ayam dengan garam dan kunyit. Goreng seperti biasa.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan daun pandan, serai yang diketuk dan rempah 4 sekawan serta masukkan bahan kisar tadi. Biar pecah minyak sekejap. Masukkan 3 jenis serbuk rempah tadi. Tumis biar pecah minyak sekali lagi.

3. Bila dah pecah minyak, letak sedikit air. Kemudian, letak sos tiram, sos cili, garam dan gula secukupnya. Renjiskan sedikit kicap manis. Kuah dah sedikit memekat, terus letakkan ayam goreng serta bawang goreng tadi. Gaul-gaul, dah siap!

Layan dengan nasi panas dan sayur tumis. Takpun Ulam Timun pun jadi dah makan simple macam ini.

Lebih Sedap Kalau Makan Dengan Sambal Minang Ni, Bertambah Selera >> KLIK DI SINI

Resepi Ayam Masak Bawang Enak Rasa Berempah

Resepi Oleh: Mizah Ngatiman