
Resepi Ayam Kari Bukhari
Bahan-Bahan: Untuk Setengah Ekor Ayam
1 biji bwg besar
2 ulang bwg putih
Halia sedikit
– Semua bahan-bahan ni di tumbuk manja.
Cili blender 2, 3 sudu (ikut kepedasan yang anda semua nak)
Kentang
Daun kari
1 btg daun ketumbar
1 sk kunyit serbuk
5, 6 sb serbuk kari daging babas
1 sb serbuk bukhari faiza
Sedikit gula [email protected] melaka
Asam keping
Sedikit santan
Perasa garam dan gula
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk. Masukkan daun kari bersama daun ketumbar, kacau sehingga garing.
2. Masukkan cili blender, masukkan rempah kari daging babas, rempah bukhari, kunyit serbuk, gula merah, dan masukkan air.
3. Tumis semua rempah sehingga masak pecah minyak, masukkan ayam, kentang dan tunggu kering sebab time ni ayam akan keluarkan air.
4. Bila dah agak kering, masukkan air semula agak-agak ya air tu. Masukkan asam keping, santan dan tunggu sehingga kari dah menggelegak serta kentang sudah lembut.
5. Kalau nak kari wangi, boleh juga masukkan potongan capsicum. Perasakan dengan garam (gula sedikit jika perlu).
Selamat mencuba, sesuai dimakan dengan nasi, roti jala, atau roti.
Resepi Oleh: Lina Bakri