Ayam

Resepi Ayam Goreng Tomyam Pedas

resepi-ayam-goreng-tomyam-pedas

Resepi Ayam Goreng Tomyam Pedas

Bahan-Bahan:

  • Ayam 1 ekor (dipotong dan dibersih)
  • 5 sudu besar cili kisar
  • [email protected] paket perencah tomyam
  • 8 batang cili padi merah
  • 8 batang cili padi hijau
  • 1 batang serai (dihiris serong)
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato (dibelah 6)
  • 1 labu bawang besar (dipotong bulat)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 cm lengkuas (dipotong)
  • Lobak merah (tambahan)
  • ½ cawan air
  • 2 sudu besar SOS tiram
  • 2 sudu besar SOS ikan
  • Serbuk perasa (jika perlu)
  • GaramdDan gula (jika perlu)

Cara Memasak:

1. Masukkan minyak masak secukupnya untuk mengoreng ayam. Lumurkan sedikit kunyit serta garam pada ayam dan goreng sehingga masak.

2. Menggunakan minyak yang sama (keluarkan sedikit minyak untuk menumis bahan-bahan tomyam). Tumiskan bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut dan lengkuas.

3. Masak sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan cili kisar dan Tumis sehingga masak serta pecah minyak.

4. Kemudian, masukkan perencah tomyam, cili padi, sos tiram, sos ikan. Tambahkan garam dan serbuk perasa (JIKA PERLU) serta Gaul rata.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Masak Sos Hitam Manis

5. Akhir sekali, masukkan lobak merah, ayam yang telah digoreng dan air 1/2 cawan. Biarkan ianya merenih sebentar dan sedikit kering. Angkat dan siap untuk dihidang.

Resepi Ayam Goreng Tomyam Pedas

Resepi Oleh: Nurul Ateekah