
Resepi Biskut Raya Mudah Coklat Rice
Resepi biskut ni asalnya jumpa dekat fb jugak, cuma saya ubah sikit-sikit dan guna sukatan cawan sebab kat rumah saya tak da penimbang. Saya guna cawan untuk minum air panas tu ja. Ni resepi yang saya guna.
Bahan-Bahan:
- 250gm butter (saya guna jenama twin cows)
- 3/4 cawan gula aising (saya blend gula pasir)
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan tepung jagung
- 1/2 cawan nestum (blend hingga hancur)
- 1/2 cawan serbuk koko
Untuk Hiasan –
- 250gm coklat beryl dark compound
- Sedikit cocoa butter
- Coklat rice secukupnya
Cara Membuat:
1. Satukan butter, gula, kuning telur dan esen vanila. Kacau sebati, saya guna senduk kayu ja.
2. Masukkan nestum kisar dan serbuk koko, kacau sebati. Msukkan tepung jagung dan tepung gandum, gaul sebati. Adun hingga jadi doh, jika doh masih lembik, tambah tepung gandum lagi sedikit.
3. Canai dan terap adunan tadi guna acuan yang kita suka. Bakar dalam oven selama 20 minit atau hingga masak. Guna api atas bawah dengan suhu 180c, suhu ni kena ikut oven masing-masing.
4. Sejukkan dahulu biskut, sebelum celup dengan coklat. Cairkan coklat beryl dark compound secara double boiler. Bila dah cair, tambahkan Sedikit cocoa butter. Takda sukatan, agak-agak sendri ja. Jika tiada cocoa butter, boleh ganti dengan shortening.
5. Celupkan bahagian atas biskut ke dalam coklat yang telah cair tadi. Taburkan coklat rice di atasnya, susun dalam loyang.
6. Simpan dalam peti sejuk seketika, dalam 5-10 minit supaya coklat tadi cepat beku. Keluarkan dari peti ais dan boleh simpan dalam balang.
Resepi Oleh: Siti Hajar Hashim