Kenapa panggil 65? ni jawapannya ye, Chicken 65 was a dish introduced in 1965.
Ayam goreng ni sedap sangat I buat masa makan makan Nasi Ala Kak Wok minggu lepas. Kalau nak pakai rempah instant pun ada jual ye, boleh di beli di Indian Store.
Resepi Ayam Goreng 65
Bahan-Bahan:
Bahan A –
500 gm ayam tanpa tulang potong kiub (bite size)
2 sudu tepung jagung
1 sudu tepung gandum
2 sudu teh kicap cair
2 sudu the bawang putih
2 sudu teh pes halia (halia kisar)
2 sudu teh serbuk cili merah
1 sudu teh jus lemon
1/2 sudu teh cuka putih
1 biji telur size A
Bahan B –
1/2 sudu teh garam
2 sudu plain yoghurt
2 sudu teh serbuk cili merah/serbuk tikka masala
Bahan C –
1/4 cawan daun kari
10 cabai hijau di potong serong
Minyak untuk mengoreng
Caranya:
1. Potong ayam ke dalam saiz kiub. Campurkan dalam mangkuk kacau rata bahan A. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam. Selepas 1 jam, Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga habis dan ketepikan.
2. Di dalam kuali yang sama atau yang lain panaskan sedikit minyak tumis bahan C sehingga layu dan keluarkan dari kuali, ketepikan. Dalam kuali yang sama tumis bahan C tadi, masukkan bahan B masak sehingga mendidih.
3. Apabila yogurt mula mendidih, masukkan kepingan ayam dan masak sehingga kering dan ayam disalut dengan baik. Ini akan mengambil masa 4 hingga 5 minit. Tutup api dan masukkan bahan C.
4. Hidangkan sebagai makanan ringan atau sebagai hidangan sampingan.
Resepi Oleh: Lina Thomas