Resepi Brownies Coklat Kedut
First step, panaskan oven dulu 160° sebelum mula mengadun.
Second Sediakan loyang dan baking paper.
Go!
Bahan-Bahan:
Bahan 1 –
Chocolate Bar 300gm
Butter/Majerin 100gm
Minyak Masak 80gm
(Double boilkan hingga larut semuanya)
Bahan 2 –
Tepung gandum 200gm
Serbuk koko 70gm
Baking Powder 1 sudu kecil (Optional, saya tak letak)
(Ayak 2 kali dan ketepikan)
Bahan 3 –
Gula castor 300gm
Telur B 4 biji
Garam secubit
(Whiskkan sehingga gula betul-betul larut tak perlu pakai mesin guna manual whisk sahaja dan tak perlu kembang ya, step ni yang akan menjadikan kedut. INGAT! Gula harus larut)
Cara Buat:
1. Setelah proses Bahan 1 dan Bahan 3 siap, satukan keduanya dan sebatikan menggunakan spatula sahaja secara perlahan lahan. Siap! Lalu masukan tepung secara bertahap tiga kali ya.
2. Masukkan ke dalam loyan 7″/8″/9″ ikut ketebalan yang diinginkan (pastikan loyang lapis guna baking paper ya).
3. Setelah siap jangan letak brownies terlalu lama di luar dalam keadaan terbuka sebab ini akan menyebabkan permukaan brownies mengering sebelum dibakar kalau boleh siap ja letak dalam loyang terus bakar.
4. Bakar pada suhu 160°c (INGAT! suhu juga memainkan peranan untuk menghasilkan shiny crust, suhu yang terlalu tinggi akan membuatkan brownies tak menghasilkan kedut dan berderai macam cookies).
5. Bakar selama 35-40 minit atau Sehingga masak. Lihat bahagian tengahnya kalau dah mengembung InsyaAllah brownies dah masak dan takkan mendap. Api atas bawah ya.
6. Setelah masak buka sedikit penutup oven dan biarkan brownies di dalam around 10 minutes selepas itu boleh lah keluarkan.
Resepi Oleh: Wani Suhaimi
Resepi Asal: Jejaka Brownie