Kuih Muih

Resepi Apam Pisang

resepi-apam-pisang

Resepi Apam Pisang

Bahan-Bahan:

1 cawan pisang emas yang telah dilenyek/haluskan
2 cawan tepung gandum
Secubit garam
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 cawan minyak jagung
1/4 cawan air

Cara Membuat:

1. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.

2. Oleskan acuan dengan sedikit minyak. Masukkan adunan 3/4 penuh.

3. Kukus anggaran 15-20 minit. lapik tutup kukusan supaya air tidak menitik.

4. Bila sudah masak, biarkan sejuk seketika sebelum dihidangkan.