Kuih Muih

Resepi Apam Pandan

resepi-apam-pandan

Resepi Apam Pandan

Bahan-Bahan:

Bahan A –

1 sb yis mauripan
1/4 cawan air suam
1 st gula pasir

~ disatukan dan biarkan naik @ berbuih

Bahan B –

1 cawan gula pasir
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 cawan air pandan (12 helai daun pandan + 2 cawan air – diblend dan ditapis)
Pandan emulco secukupnya – Boleh guna air pandan
Pewarna hijau

~ disatukan dan dikisar

Bahan C –

kelapa parut putih
sedikit garam

~ digaul rata dan kukus sekejap

Cara Membuat:

1. Dalam bekas, campurkan bahan A dan B. Gaul sebati. Biarkan selama 1 jam hingga naik 3 kali ganda.

2. Acuan disapukan dengan sedikit minyak.

3. Bila adunan dah naik, masuk dalam acuan dan biarkan sekejap, lebih kurang 10 minit.

5. Kukus dengan api yang sederhana selama 20 minit atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi tak melekat.

6. Sejukkan dahulu baru keluarkan dari acuan. Sedap dimakan dengan kelapa parut.

Apam Pandan