Resepi ala Chinese Food Gong Bao Chicken

Resepi ala Chinese Food Gong Bao Chicken

Hakak kan kalau masak daging, mesti nak hiris nipis-nipis. Kalau masak ayam pulak, kena potong kecik macam ni. Baru kuah meresap, cepat masak dan senang nak makan. Jom kita masak ala chinese food harini!

Bahan-Bahan:

  • 300 gram dada ayam potong kecil
  • 5 biji cili kering, potong dua
  • 2 inci halia muda, hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1/2 biji bawang besar holland potong kasar, hakak takda
  • 3 sudu besar kacang gajus
  • sedikit daun bawang

Bahan Perap:

  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan kicap cair

Bahan Sos:

  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan sos tiram

Cara Masak:

1. Perap ayam dengan bahan perapan selama 15 minit. Goreng ayam sehingga ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau. Masukkan sedikit air dan juga masukkan bahan sos.

3. Kacau rata, masukkan ayam. Kacau lagi di atas api yang besar, masukkan kacang gajus. Akhir sekali masukkan daun bawang.

Nota:

  1. Jangan goreng ayam terlalu lama kerana ayam akan menjadi keras dan kering.
  2. Jika suka berkuah, boleh masukkan sedikit air lagi.
  3. Tak perlu tambah gula atau garam, kalau ikut sukatan diatas, dah cukup rasa masin manisnya.
Resepi ala Chinese Food Gong Bao Chicken

Resepi Oleh: Kuali Helena