Ais Krim

Resepi Aiskrim Malaysia Perisa Coconut Shake

resepi-aiskrim-malaysia-perisa-coconut-shake

Resepi Aiskrim Malaysia Perisa Coconut Shake

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

  • air kelapa serta isinya
  • air kosong
  • susu cair 1 tin
  • susu pekat 1 tin
  • gula ikut kesesuaian
  • secubit garam
  • ovalette 2 sb
  • tepung jagung sesenduk bancuh dan tapis

Sukatan tak payah risau, agak-agak je masak lepastu rasa. Tak cukup manis tambah gula, nak buat ais kenalah manis. Kalau manis-manis buah nanti bila dah beku jadi tawar.

Cara Buat:

1. Asingkan isi kelapa. Isi kelapanya jangan lah terlalu muda tau, kalau rajin buangkan yang koko koko tu. Tak rajin hentam jala, basuh bersih dan toskan.

2. Isi tadi kita blendkan dia, jangan terlalu hancur. Bila tergigit isi baru rasa, walllaaaaaa gitu. Kalau guna gigi palsu, pikir le sendiri.

3. Campurkan air kelapa, air, susu cair, susu pekat, garam, dan gula, gaul dulu. Kemudian ambil sedikit campuran air ni blendkan dengan ovalette. Lupa pulak nak snap gambar yang cantik gebu lepas blend. Masak atas api, pastikan periuk yang you all gunakan suci murni dari segala bau. Kalau guna periuk kuah laksa, kau rasakan sendiri coconut laksa. Masukkan bancuhan tepung jagung.

Resepi Aiskrim Malaysia Perisa Coconut Shake

4. Pastikan kacau selalu, tidak hangit bahagian bawah.

5. Sejukkan bolehlah dipacking ikot kerajinan anda. Kalau nak lagi gebu sejukkan dulu dalam peti kemudian keluarkan, mixer sampai gebu gebas.

Resepi Aiskrim Malaysia Perisa Coconut Shake

Resepi Oleh: Norhafiza Othman