Ais Krim

Resepi Ais Krim Oren

resepi-ais-krim-oren

Resepi Ais Krim Oren

Bahan-Bahan:

2 biji kuning telur
2 biji putih telur
50gm gula aising
1 sudu besar perasa oren
125ml non dairy rich whipping cream
1 sudu besar hirisan kulit limau

Cara Membuat:

1. Pukul putih telur bersama gula aising hingga kental. Dalam bekas berasingan, pukul kuning telur bersama perasa oren.

2. Tuang bancuhan kuning telur ke dalam putih telur. Gaulkan.

3. Pukul krim hingga kembang dan campurkan ke dalam adunan telur tadi. Masukkan hirisan kulit limau. Gaul hingga sebati.

4. Tuangkan adunan aiskrim ke dalam bekas dan bekukan selama 5 jam. Sedia untuk dinikmati.

Resepi Ais Krim Oren